Music

Wednesday, February 20, 2013

Majlis Olimpik Malaysia (MOM)


Majlis Olimpik Malaysia (MOM)
1.    Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merupakan badan sukan yang mempunyai kuasa eksklusif untuk mewakili negara Malaysia di kejohanan Sukan Olimpik. Presiden MOM sekarang ialah Putera Tunku Imran ibni Tuanku Ja’afar.
2.    Majlis ini ditubuhkan pada 1953 sebagai satu pertubuhan kebangsaan bukan kerajaan dan bukan berkeuntungan, dan diiktiraf Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada tahun berikutnya.



Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
1.    Kementerian Belia dan Sukan Malaysia adalah kementerian yang di bawah kerajaan Malaysia.
2.    Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahu 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpesatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memenatu perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.
3.    Kementerian Belia dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang.
4.    YB. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek (2009-kini)[Menteri]
5.    Y.B. Dato' Wee Jack Seng [Timbalan Menteri]
6.    Y.Bhg.Dato' Mohid Bin Mohamed (2010 - Sekarang)[Ketua Setiausaha]
7.    Visi KBS:
·         Ke arah mewujudkan masyarakat belia yang memiliki keperibadian yang bersepadu dari segi rohani, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab,bersemangat sukarela dan patriotik untuk menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran negara,
·         Melahirkan masyarakat yang aktif, sihat dan cergas serta membangunkan atlet sukan berprestasi tinggi hingga ke taraf antarabangsa.

8.    Misi KBS:

  • Meningkatkan pembangunan generasi muda ke arah mewarisi dan mengangkat peradaban bangsa dan negara; dan
  • Pembangunan sukan untuk individu dan masyarakat.
9.    Objektif KBS ialah Untuk membina masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara.

Persekutuan Hoki Malaysia

1.    Persekutuan Hoki Malaysia atau Malaysian Hockey Federation (MHF) ialah badan pentadbir hoki di Malaysia. Ia menganggotai badan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

2.    Ahli-ahli eksekutif terkini

·         Presiden  : Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
·         Timbalan Presiden  : Nur Azmi Ahmad
·         Naib Presiden  : Datuk S.S. Chema
·         Setiausaha Agung Kehormat : S. Satgunam
·         Setiausaha Agung  : Hashim Mohd Yusoff
·         Pengurus Am  : Maninderjit Singh
Malaysian Basketball Association (MABA)/Persatuan Bola Keranjang Malaysia
1.      MABA House dijalankan oleh pasukan kakitangan sepenuh masa, menyediakan asrama untuk pegawai dan pemain, premis pejabat rumah, Sekretariat MABA dan Persidangan bilik. Pada awal tahun 1995, Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) akhirnya menyaksikan impian mereka mempunyai stadium benar mereka sendiri datang. Dibina pada kos sebanyak RM13.5 juta, stadium MABA-DBKL sebagai ia dipanggil, berhutang banyak untuk berpandangan jauh dan kepimpinan Presiden MABA seperti Dato 'Chan Ah Chye dan Dato' Loke Yuen Yow. Stadium ini mempunyai kemudahan seperti bertaraf dunia bola keranjang mahkamah, gimnasium moden, Restoran Cina, pelbagai cerita tempat letak kereta dan mahkamah atas bumbung latihan.

 

Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM)

1.    Ditubuhkan pada 3 Mac 1958 di atas nama Majlis Sukan Sekolah-sekolah Persekutuan Tanah Melayu melalui satu mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua Penasihat Pelajaran,Ketua Pegawai Pelajaran Negeri dan wakil-wakil negeri. Pada tahun 1968 ditukarkan kepada Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. MSSM ini di bawah Majlis Sukan Negara untuk menganjurkan Kejohanan Peringkat MSSM dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Kejohanan Peringkat MSSM hanya terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah bantuan kerajaan bawah umur 18 tahun.

2.    Pada tahun 1968, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah ditubuhkan untuk menganjur dan melaksanakan program pembangunan sukan sekolah-sekolah di Malaysia. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah dibentuk dan ia menekankan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pada tahun 1972, kemudahan infrastruktur dan tenaga pengajar telah dimajukan bersama.

SUKAN TERAS

·         Bola Jaring
·         Bola Sepak
·         Tae Kwon Do
·         Ragbi
·         Badminton
·         Sepak Takraw
·         Skuasy
·         Ping Pong
·         Tenis
·         Bola Tampar
·         Bola Keranjang
·         Futsal
·         Kecergasan
·         Memanah
·         Kayak
·         Bola Baling
·         Mendayung


Majlis Sukan Negara:
1.    Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971 dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi telah dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.
2.    Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara dapat mencapai prestasi yang terbaik.

3.    Selepas organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981, Majlis mula mengorak langkah dan seterusnya mengembangkan program dan aktiviti sehinggalah apa yang dapat dilihat masa kini. Matlamat penubuhan Majlis Sukan Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam sukan-sukan di peringkat tertinggi.

4.    Y.B. Dato' Sri Ahmad Shabery Bin Cheek ialah menteri Majlis Sukan Negara.

5.    Objektif:
·         Mempetingkatkan prestasi pencapaian atlet  di pelbagai peringkat ke tahap kecemerlangan dunia melalui pengurusan program latihan, khidmat sokongan dan hal ehwal atlet yang lebih efisien dan menyeluruh.
·         Memperkukuhkan struktur pembangunan kejurulatihan di pelbagai peringkat ke arah meningkatkan bilangan jurulatih yang berkelayakan.
·         Memperkukuhkan struktur pembangunan dan penganjuran kejohanan-kejohanan sukan tempatan dan antarabangsa di pelbagai peringkat secara lebih efektif dan kompetitif.
·         Mempertingkatkan prestasi pencapaian pembangunan kepegawaian teknikal dan pengurusan sukan prestasi tinggi yang lebih efisien di pelbagai peringkat.
·         Memperkukuhkan dan meningkatkan penyelarasan pentadbiran Organisasi Sukan (Persatuan) yang lebih efektif dan efisien.