Majlis Sukan Negara
Sejarah
Majlis Sukan Negara ditubuhkan di bawah Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971
dan Akta Majlis Sukan Negara (pindaan 1979). Pelancarannya secara rasmi telah
dilakukan oleh Y.A.B. Tun Abdul Razak b. Datuk Hussein, Perdana Menteri
Malaysia yang kedua pada 21 Februari 1972.
Pada peringkat awal penubuhannya, program-program sukan
prestasi tinggi dilaksanakan di bawah kendalian Bahagian Sukan, Kementerian
Kebudayaan Belia dan Sukan(nama Kementerian Belia Dan Sukan ketika itu). Untuk
mencapai matlamat penubuhan Majlis, satu usaha kolektif melibatkan secara
langsung semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukan
tanahair, majlis-majlis sukan negeri, institusi pengajian tinggi, badan-badan
sukarela serta orang perseorangan telah diusahakan supaya mutu sukan negara
dapat mencapai prestasi yang terbaik.
Selepas organisasi Majlis disusun semula pada tahun 1981,
Majlis mula mengorak langkah dan seterusnya mengembangkan program dan aktiviti
sehinggalah apa yang dapat dilihat masa kini. Matlamat penubuhan Majlis Sukan
Negara Malaysia adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara iaitu bertanggungjawab
sepenuhnya ke arah penggalakkan, pembangunan dan pencapaian cemerlang dalam
sukan-sukan di peringkat tertinggi.
VISI
Peneraju sukan prestasi tinggi terunggul ke arah melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia.
Peneraju sukan prestasi tinggi terunggul ke arah melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia.
MISI
Memastikan program pembangunan sukan berprestasi tinggi dilaksanakan secara menyeluruh, sistematik dan berkesan di semua peringkat.
Memastikan program pembangunan sukan berprestasi tinggi dilaksanakan secara menyeluruh, sistematik dan berkesan di semua peringkat.
Objektif
Mempertingkatkan prestasi pencapaian atlet di
pelbagai peringkat ke tahap kecemerlangan dunia melalui pengurusan program
latihan, khidmat sokongan dan hal ehwal atlet yang lebih efisien dan
menyeluruh.
Memperkukuhkan struktur pembangunan kejurulatihan di
pelbagai peringkat ke arah meningkatkan bilangan jurulatih yang berkelayakan.
Memperkukuhkan struktur pembangunan dan penganjuran
kejohanan-kejohanan sukan tempatan dan antarabangsa di pelbagai peringkat
secara lebih efektif dan kompetitif.
Mempertingkatkan prestasi pencapaian pembangunan
kepegawaian teknikal dan pengurusan sukan prestasi tinggi yang lebih
efisien di pelbagai peringkat.Memperkukuhkan dan meningkatkan penyelarasan pentadbiran Organisasi Sukan (Persatuan) yang lebih efektif dan efisien.
Carta Organisasi
No comments:
Post a Comment